Apabila berbicara ‘Soal Hati’

Apabila waktu berhenti seketika kekadang aku terfikir, akhirnya aku sudah menembusi era 2011 dan sudahpun berjaya meredah bulan Februari yang berusia seminggu. Aku terdiam lagi sambil menyandar pada kepala katil dimana tempat biasa aku lepak sebelum kepala aku nyenyak diulik keletihan.

Jam menunjukkan tepat 10 malam, fikiran aku terus bergelamun. Hampir-hampir tertidur namun tidak jadi-jadi. Tiba-tiba secara tidak sengaja soalan yang pernah kawan-kawan aku mengusik pada suatu hari dahulu diulang tayang pada ingat kekal aku.

“Eh, serius ke kau tiada awek ni?”

Haha.. masa itu aku hanya mampu tersenyum *hati berbisik*. Penglihatan aku terus memandang dengan lebih jauh.

Aku menjawab.. “Tiada lagi la.. aku masih tiada empunya”.. sebenarnya aku masih sedang mencari diusia sebegini. Mungkinlah orang akan kata bahawa aku menipu diri sendiri. Jauh disudut hati aku sedang menimbang seseorang, tapi aku tidak melayan sangat hal-hal ini kerana belum tiba masanya lagi.. ‘pujuk hati kepada si pemikir’..

Masih banyak perkara yang perlu diuruskan sebelum pergi kepada ‘Soal Hati’.. hati memujuk..

“Ingin memilih seseorang perempuan untuk dijadikan Isteri bukan seperti membeli goreng pisang ditepi jalan”..

Sesiapapun ada prinsip dalam hidup masing-masing. Dan salah satu prinsip aku adalah, aku berkawan dahulu dengan semua orang. Mungkin dalam ramai-ramai aku berkawan tu ada seorang yang ‘boleh’ dijadikan Isteri pada suatu hari nanti dan mungkin juga tidak. Atau mungkin juga ‘bakal’ Isteri kita itu berada dikalangan orang yang kita belum pernah mengenali, seperti orang asing. Tetapi jika orang itu (kawan lama) merupakan jodoh kita, tidak akan kemanapun. Kata orang “Jika jodoh tu, takkan kemana punya, pergilah jauh manapun ia akan datang juga”..

Ops.. akhirnya aku sudah hilang idea.

Hilang idea untuk menulis kerana disapu ombak masa.

Moga jumpa lagi (:

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

4 thoughts on “Apabila berbicara ‘Soal Hati’”

  1. awal lagi, kalu aku lar, aku tugu ade sebuah kondominium or umah teres 2 tingkat or umah berkembar 2 tingkat, ade sebuah kete (kalu leh 2 bijik – 1 family use 1 personal rampage), barag2 dlm umah kompem lengkap ngan tv, dapur, peti sejuk etc etc, dan yg paling penting ialah kerja tetap berserta dengan tahap pendidikan yg tinggi~~ cap degree or master? bwahhaa!!

Leave a Reply