Apa ada pada ASUS N56V

DSC_0239

Pada awal bulan September baru baru ni berlaku kejadian yang tidak direlakan pada aku, kalau tak silap pada Isnin pertama dalam bulan September. Macam biasa aku pergi kolej lepak di perpustakaan buat kerja internet aku, bukan aku tak boleh buat dirumah di kolej ni aku lepak di perpustakaan sebab senang nak tanya pensyarah kalau ada yang perlu ditanya sebab masa ni aku tengah dalam pembikinan projek akhir semester, selain ada aircond (so sejuk sikit la kan, haha!) ada feel macam duduk dalam pejabat sendiri (berangan!).


Dah masuk tengah hari, pergi solat zohor dekat masjid. Masa ni aku sampai dah lambat dah baru lepas azan, macam biasa pergi ambil wudhuk, solat sunat then tunggu zohor. Kejap jer dalam 15 minit. Dipendekkan cerita, keluar masjid pergi ke kereta.. lagi 5 langkah nak sampai di kereta aku pelik tengok tingkap belakang berlubang (tak ada rasa apa apa masa ni), pergi dekat sah beg laptop hilang. Alhamdulillah masa ni aku tak panik pun, terus hubungi kawan dengan keluarga, pergi report polis (first time pergi balai).

Bergegas ke proton tukar terus tingkap belakang, kalau tak tukar masuk hujan la nanti. Tunggu stok dan pasang dalam 2 jam selesai, burn RM148 harga tingkap termasuk upah pasang. Sejak hari itu, aku serik dah nak tinggal laptop dalam kereta di seat belakang bawah pada karpet.

Ambil masa seminggu juga baru dapat ASUS N56V, laptop ni saiz 15.6 inci ada numpad dan specs lain standard cuma upgrade ram dari 4 gigabytes ke 8 gigabytes secara percuma. Model ni dicipta untuk entertainment, jadi bunyi output sound sangat memuaskan dengan ada subwoofer sebagai sokongan bunyi bass. Selain menyokong ketahanan bateri 5 hingga 6 jam bergantung pada penggunaan. Sesuai untuk aku sebab selalu guna laptop ke hulu ke hilir.

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply