Antara Exchange link & Google Reader

links

Masih teringat lagi pada beberapa bulan yang lepas ada blogger yang minta saya bertukar link diantara blog saya dengannya. Pertama sekali saya ingin meminta maaf kerana tidak sempat melayan sahabat blogger pada ketika itu kerana masa tidak mengizinkan.

Namun alhamdulillah pada hari ini saya diberikan sedikit masa untuk membuat respon terhadap perkara tersebut. Kebetulan pula saya selalu berfikir entri apa yang perlu saya kemaskini pada blog ini. Alhamdulillah saya diingatkan kembali supaya menulis perihal ini.

Sebelum ini kira-kira 5 bulan yang lepas saya memang gemar menukar link dengan sahabat blogger yang lain. Masa itu saya terikut-ikut ‘budaya’ membuat satu halaman ‘khas’ untuk dimasukkan link blog-blog yang bakal menjadi calon tukar-tukar link. Kemudia halaman tadi diberikan bermacam-macam jenis nama sama ada dalam bahasa Inggeris atau Melayu.

Aktiviti menukar link ini tidak berlarutan sehingga suatu masa saya sudah malas untuk melihat page yang diciptakan ‘khas’ yang kononnya untuk setia menunggu ‘update’ terkini dari blog rakan-rakan blogger. Makin hari berlalu laman ‘khas’ tadi makin lesu sehingga pada saat saya menulis entri kali ini.

Saya cuma ingin berterus terang..

Saya tidak boleh menipu diri sendiri dengan meletakkan link pada halaman tersebut semata-mata untuk mengunjung kembali pada masa akan datang. Namun pada hakikatnya sudah hampir 6 bulan saya tidak menjenguk menanya khabar halaman tersebut. Mungkin ada blog yang sudah tidak lagi ber‘update’ seperti sebelumnya.. mungkin ada yang sudah menukar alamat blog dan sebagainya.

Mulai 3 bulan yang lepas saya mula mengenai Google Reader dimana semua sedia maklum kita boleh mengikuti ‘update’ daripada mana-mana blog sama ada blogspot ataupun wordpress menggunakan RSS. Saya mendapati dengan perkhidmatan Google Reader ini lebih mudah saya mengikuti ‘update’ blog sahabat-sahabat saya pada satu page Google Reader. Ia lebih memudahkan kerana ia digabungkan dengan akaun Gmail yang ditawarkan oleh Google itu sendiri.

Mulai saat itu saya mengikuti ‘update’ dengan Google Reader dengan lebih pantas. Mana-mana blog yang pada peribadi saya ia baik untuk dibaca secara automatiknya saya akan melanggan.

Tidak perlu untuk heboh-hebohkan di shoutbox dengan berkata..

“Saya sudah tambah link blog awak pada blog saya, jangan lupa exhange juga ya!”

Jika blog anda mengandungi isi coretan yang menarik & boleh mendapat manfaat kepada pengunjungnya, insyaAllah pengunjung dengan automatiknya akan ‘subscribe’ blog anda dan mengunjung kembali pada masa akan datang!

About the author

nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

View all posts

8 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.