Ambil Lesen..

Gambar Contoh

Contoh Gambar Memandu

Kisah ini berlaku pada beberapa bulan yang lalu.. aku bangun pagi seawal 6.00 pagi untuk mengerjakan solat subuh. Lalu aku bersiap dengan cepat kerana ingin mengejar masa takut-takut tidak dapat mengambil sarapan. Alhamdulillah, aku sempat menjamu selera dengan roti telur dan disalut dengan keju sambil minum teh o’ panas. Alangkah nikmatnya aku pada pagi itu.. alhamdulillah..

Cerita ini merupakan hari terakhir aku mengambil ujian dengan JPJ. Apabila sudah lama menunggu, beberapa minit kemudian van Akademi Memandu Nilai pun selamat tiba di hadapan rumah aku. Aku bergegas mendapatkan van itu. Sesudah masuk ke dalam van tersebut abang aka pemandu van tu serah kad hijau untuk di bagi masa sampai nanti.. dalam menanti giliran untuk dipanggil oleh akak di kaunter Akademi tu.. duduk la menunggu disitu, sambil termenung melihat kebawah..huhuu.. yelah kebetulan hari tu ramai la pula pelajar perempuan yang mengambil lesen. Masing-masing mempunyai gaya ‘dressing’ yang tersendiri, maklumlah ingin ‘up to date’ macam gaya barat gitu.. tetapi secara mejoriti lah.. ada juga yang berpakaian sopan, sedap mata memandang (huhu gurau je).

Tukar topik, haih! dalam hati ni terasa boring la pula..yelah berapa jam menunggu sakit pinggang mangkuk dibuatnya..puas ‘adjust’ kiri dan kanan..habis ‘adjust’ dah.. tetapi dalam rasa lenguh tu ada la sikit bedebar, sebab takut nanti tidak lepas dengan JPJ..nanti kena bayar tambahan. Apabila beberapa jam bergelamun ada la juga sesekali lihat jam, takut-takut dah masuk waktu zohor..hum dah masuk rupenya..lalu aku menuju ke kaunter, “Akak..lambat lagi ke sampai giliran saya??”, bukan apa kalau lambat lagi saya nak pergi solat sebentar..”, “kamu pergi lah dulu solat, giliran kamu lambat lagi”. Aku pun bergegas pergi meninggalkan pondok menunggu.

Selesai sahaja mengerjakan solat, aku berdoa meminta supaya diluluskan apabila selesai menjalani ujian dengan JPJ. Apabila kembalinya di pondok menunggu itu tadi, beberapa minit kemudian namaku dipanggil dan terus dibawa mengambil ujian dengan JPJ. Alhamdulillah apabila tamatnya ujian memandu dengan JPJ aku dapati ujian ku dinilai dan lulus ujian tersebut..aku bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memakbulkan doa aku walaupun sepanjang ujian tadi aku ada melakukan beberapa kesilapan kerana berdebar.

Beberapa hari kemudian selepas ujian, aku mendapat lesen ‘P’ buat kali pertamanya.. Alhmamdulillah semenjak hari itu aku dengan rasminya boleh membawa kereta diatas jalan..apabila memerlukan sahaja..




Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply