Alhamdulillah Streamyx back to normal

salam, alhamdulillah semalam ‘support stuff’ dari TM datang untuk membantu. Apabila saya sedang sibuk membaca ebook pada komputer, tiba-tiba datang sebuah kereta dihadapan rumah. Mula-mula terfikir, siapa la yang datang tu.. kebetulan pada masa itu umi keluar untuk mengambil adik di sekolah agama. Jadi hanya saya seorang berada dirumah manakala adik-adik yang lain masih bersekolah,

“Assalamualaikum”…”assalamualaikum”…”assalamualaikum”… Abang tu bagi salam.. lalu saya buka pintu dan menjenguk diluar rumah. Kelihatan sebuah kereta kenari berwarna putih ber’parking’ dihadapan rumah.  “Ni rumah Encik Mahadi?” tanya orang tersebut padaku, lalu aku menjawab “ya ini rumah Encik Mahadi”!!. Aku bergegas ke belakang untuk mengambil kunci lalu membuka pintu.

Orang tersebut datang, “ya dik, dimana telefon yang perlu dibaiki tu??”, tanya abang itu kepadaku.. “Tu berada di ruang tamu..” selepas hampir setengah jam memeriksa..akhirnya abang tu kata..”kabel telefon ni dah haus.. kena tukar baru”. Aku pun lihat kabel yang dituju tersebut, ha’a memang betul ia dah haus rupanya patutla selalu ‘disconnect’, aisey..

“Beginilah, nanti adik cakap pada ayah supaya tukar baru kabel ni, nnti boleh guna macam biasa”, katanya. Selang 2 minit abang tu pergi. Huh! patutla sebelum ni ada masalah.. rupa-rupanya kabel haus.. dong dong dong….




Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

2 thoughts on “Alhamdulillah Streamyx back to normal”

Leave a Reply