Al-Hafiz dari Mesir – Masjid Nilai

Imam, aku dan elfy
Imam, aku dan elfy

Sekali lagi aku diberikan peluang pada bulan Ramadhan ni berimamkan syeikh dari Mesir. Inilah part yang antara aku gemari bila masuk bulan puasa sebab ramai je imam import dari luar terutamanya timur tengah. Antara menjadi tarikan pada aku sebab cara bacaannya sedap, orang kata loghat bacaan dia lain. Antara kelainannya, bila baca ayat quran dalam solat tiada bismillah dan tidak terlalu perlahan macam imam biasa masjid, ni pendapat akulah, mungkin pada korang ok jer. hehe

Lagi antara lain kelainannya malam terawih ni kan bila lepas empat rakaat atau dua ke kalau aku tak silap, lepastu ada selawat dan sambung balik solat terawih. Pada malam ni masjid ni tak buat. Dia terus sambung sampailah rakaat ke 20 barulah bilal selawat dan teruskan dengan solat witir. Kalau terawih biasa yang aku pergi di masjid KLIA, pukul 10 malam tu dah siap terawih dengan witir, malam ni pukul 10 malam tu dah siap terawih 20 rakaat dengan witir. Nampak tak beza dia, walaupun bacaan laju tapi bacaan clear dan takde berterabur dan tak jelas. Tapi ni pendapat aku la, tak tahu la korang macam mana kan. hehe

Selain dari dapat manfaat dan kebaikan ni secara tak langsung akan rapatkan hubungan ukhuwah islamiah dengan mereka yang berpendidikan dalam agama dapat rapatkan ukhuwah dengan jemaah masjid yang solat bersama. Ada peneman Al-Hafiz tiga remaja yang belajar di Mesir mereka menjadi penterjemah bahasa apabila ada soal jawab. Alhamdulillah, bagi pengalaman aku sendiri sangat best. Antara kelebihan lain yang aku nampak kalaulah imam seperti ni ramai, akan dapat menarik golongan muda mudi solat bersama-sama dalam satu saf. Sebab dari pemerhatian aku, orang muda suka pada kekuatan bukan kelesuan, kepantasan dan bukan kelembapan, kecergasan bukan kelebikkan, keceriaan bukan kemurungan. Tapi pada pandangan aku, mungkin korang lain pandangannya. hehe

Rasanya setakat ni jelah yang dapat aku tulis, dah lama tak tulis panjang lebar sebab tiada mood dan emosi untuk menulis. Mudah-mudahan dengan segala kemudahan dapatlah korang dapat manfaatnya dari penulisan aku ni.

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply