Adui! Banyaknya Kerja!

Image Hosted by ImageShack.us

Adui!! Aku menjerit sendirian di dalam bilik tidur… Geramnya, kenapalah banyak sangat tugas aku hari ni??!! Haih…mengeluh lagi.  Lalu aku mengambil keputusan untuk turun kebawah sambil mengambil secawan Teh panas, untuk menghilangkan sedit tension. Dalam hati tertanya, mungkinkah semasa abah dan umi sekolah dahulu mengalami perkara sebegini juga…?? Hati berbisik keseorang..patutla ada simpulan bahasa.. “Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian, berakit-rakit ke hulu berenang ketepian”. Huhu…ada makna tersirat ya…

Fikiran bergelamun sebentar… Mana la si Aiman ni?? Kata nak telifon.. tapi tiada pun berbunyi henfon ni semenjak tadi..haih.. buat apa lah Aiman ni agaknya! Sekian lama berkhayal.. aku sambung balik minum teh ‘o tadi, sambil menyicah biskut dan roti yang abah baru beli pada siang tadi. Huh! hati kembali tenang, tidak seperti sebelumnya. Aku lantas bangun dari meja makan dan cepat-cepat cuci cawan dan tutup semua lampu dan berlari naik atas….

Jeng..jeng..jeng…aiyya.. kenapa buku aku putih semacam je ni?? Aku tengok banyaknya liquid paper tumpah atas buku aku tadi…haih.. sabar je la.. baru je hilang tension tadi.. dah kembali balik. Aku pun apa lagi, koyak bahagian yang terkena liquid tu dan buang dalam tong sampah. Nasib baik la tumpah atas kertas, kalau la tumpah atas kulit buku…naya aku.. dah la esok Cikgu Shahina nak semak buku ‘Mathematics’..kalau lembut tidak mengapa.. tapi…huih.. garang.. Dah ramai pelajar lain jadi mangsa hukuman akibat tidak siapkan kerja Matematik yang diberikan…

Keesokan harinya jam 6 pagi… Allah… huakbar Allah..huakbar!!.. Aku mendengan azan subuh berkumandang. Aku bangkit dari tidur cepat-cepat dan mengambil wudhuk, lalu sembahyang berjemaah dengan abah, umi serta adik-adik yang lain.. “gagaga.. sejuknya air pagi ni”… Selesai je sembahyang, aku lekas pergi mandi… huh! Akhirnya selesai.. jam dah pukul 7.00 pagi. Melangkah pergi ke sekolah..

“Assalamualaikum Cikgu!!”.. Jeng..jeng..jeng.. Cikgu Shahina dah masuk, mari kita lihat siapa yang kena.. “OK pelajar-pelajar semua dah siap kerja rumah yang Cikgu berikan pada kamu semalam??”.. kami dah siap Cikgu!! kata Aiman.. “Eh! balik-balik Aiman je yang orang pertama yang hantar?? mana yang lain??”.. “Nik!! kamu dah siap kerja rumah semalam?”dah siap Cikgu.. ha!..hantar cepat.. fiuh! alhamdulillah… dalam hati berkata…syukur aku dah siapkan kerja.. selamat. Pendekkan cerita.. ada la beberapa pelajar kena tahan.. apa lagi menuju kejayaan ke bilik disiplin!!.. heheheh..

Nota: Pengajarannya, jika ada diberikan tugas..cepat-cepat la siapkan..kalau tidak.. habis jawabnya.. kena merit la…. Jumpe lagi!




Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

4 thoughts on “Adui! Banyaknya Kerja!”

Leave a Reply