Ada apa dengan pagi?

Apabila kita sebut tentang waktu pagi, apa yang menarik tentang waktu pagi ni sebenarnya? Ada yang mengatakan bangun pagi ini punca rezeki kita, ada yang bangun pagi sebab mahu pergi kerja, ada yang bangun pagi untuk pergi ke sekolah, ada yang bangun pagi untuk pergi ke kolej, jumpa teman wanita. Boleh dikatakan kebanyakkan waktu pagi ini akan dipenuhi dengan hal-hal yang penting dalam kehidupan manusia.

Jika untuk kita umat Islam, bangun pagi di bulan Ramadhan untuk bersahur, sunnah Rasulullah bersahur untuk berpuasa disiang hari. Jika pada hari biasanya bangun pagi untuk menunaikan kewajiban solat subuh berjemaah di surau atau masjid. Lihat? Semuanya diisi dengan perkara yang penting sebelum memulakan aktiviti harian pada waktu siang hari.

Bagi seseorang yang melakukan urusan perniagaan kebanyakkan mereka akan bangun pagi untuk menjalankan tugas yang penting. Pada waktu pagi ini juga merupakan waktu yang sesuai untuk berfikir dan mencari idea untuk melakukan sesuatu dalam kehidupan. Apa sebabnya? Sebab waktu sebegini suasananya tenang, udaranya, sejuk, segar, nyaman dan cahaya matahari masih tidak muncul oleh itu tidak panas.

Bagi saya sendiri, saya suka menulis dan berfikir pada waktu pagi. Memang best! Sebab idea datang macam air terjun. Tambah lagi pada hari bulan puasa ini, fuh memang best. Tenang, rasanya sungguh tenang. Lebih tenang daripada mendengar lagu menggunakan Sonic Gear. Hehe ^.^)

HEY: PERSONALLY, I LOVE WAKEUP ON THE MORNING, SINCE I LOVE SMOOTH, I LOVE RELAX. YES I REALLY MEAN IT!

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply