4 Tahun pengalaman dalam industri webhosting

Assalamualaikum dan Hai kepada semua. Alhamdulillah, sempat juga saya menulis di malam hari Jumaat ini yang saya rasa sejuk apabila jejari menaip walaupun laptop sudah panas kerana sudah beberapa jam digunakan namun suasana malam yang dingin ini memberi laluan untuk saya terus bercerita disini.

Saya sebenarnya, sangat sibuk pada awal tahun ini kerana terpaksa lagi sekali membahagi masa saya dengan menjadi seorang siswa di Kolej pada waktu pagi sehingga hampir lewat petang, dan apabila pulang sahaja ke rumah saya bertukar situasi sebagai seorang yang menguruskan tugas yang berat untuk masa depan saya dan pihak-pihak yang terlibat sama.

Tahun ini lebih sibuk bukan bermaksud pada tahun sebelumnya saya kurang sibuk, tapi oleh kerana ingin mengejar markah yang tinggi saya terpaksa mengagahi diri bagi berusaha menuju untuk menjadi cemerlang. Menjadi seorang pengurus webhosting dan seorang pelajar dalam masa yang sama bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, inilah jalan yang saya pilih semenjak 3 tahun yang sudah berlalu dan saya sedar tanggungjawab yang saya pikul sekarang amat berat dan saya merasakan tidak ramai orang dapat lakukan. Dan ia merupakan satu risiko besar buat saya.

Masih ingat lagi, saya mula memasuki dunia webhosting semasa tahun 2008 selepas saya baru sahaja tamat SPM. Saya menghabiskan masa hampir setahun explore mengenai laman web. Pada mulanya saya menggunakan perkhidmatan yang diberi secara percuma, dari situ saya mempelajari sedikit demi sedikit. Namun kini webhosting yang diberikan secara percuma itu sudah tidak lagi wujud. Namun saya terhutang budi dengan mereka, kerana kewujudan perkhidmatan itu, saya tidak akan sampai sejauh ini dan masih jauh saya perlu melangkah kehadapan.

Kini sudah tahun 2012, sudah 4 tahun saya berada dalam industri webhosting. Sudah bermacam-macam perkara sudah saya hadapi dan pelajari dan dari situ ia membuatkan saya bertambah matang dari tahun ke tahun berikutnya. Saya tidak belajar tentang linux atau berkenaan webserver secara formal, semuanya saya belajar daripada internet dan Google. Saya berada dalam industri webhosting pada sebelum saya masuk belajar ke kolej lagi, sehingga kini saya masih cuba mengagahkan diri menguruskan webhosting. Dulu saya pernah terfikir untuk fokus sepenuhnya pada pelajaran apabila masuk ke dunia kolej, namun saya tidak boleh.

Pada mula-mula saya memasuki dunia webserver dan hosting, sudah tentu sesiapapun akan mencari perkhidmatan dari malaysia dan mudah membuat bayaran dan yang paling penting bantuan selepas jualan mestilah cepat dan profesional. Sudah 3 tahun daripada awal saya mengambil dedicated server dahulu sehingga kini saya menggunakan server malaysia. Pada masa ini masih baru, dan tidak tahu apa-apa. Namun semenjak akhir-akhir ini, juga berbekalkan pengalaman selama 4 tahun, dan dari situ saya sedar. Perkhidmatan webserver di malaysia menawarkan kos yang sangat tinggi namun tidak ramai yang pakar dalam bidang ini. Bantuan selepas jualan yang diberikan juga tidak sepantas perkhidmatan diluar negara iaitu United State.

Di malaysia ini juga, mereka tidak berapa rajin dan fokus kepada kerja masing-masing dan menyebabkan kualiti perkhidmatan turun secara mendadak dan tidak peka dan ambil serius terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh pelanggan mereka. Mereka terlalu mengambil mudah dan tidak mengaku kesilapan sendiri. Jadi anda sebagai pengurus dan usahawan, setiap masalah yang dihadapi oleh webserver akan menjejaskan nama baik sesebuah organisasi dan ini tidak baik untuk masa hadapan. Usahawan, tidak boleh melambat-lambatkan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ini bukanlah mencerminkan keperibadi seorang usahawan yang baik. Setiap masalah yang timbul mestilah diselesaikan dengan segera yang mungkin, berhati-hati dan fokus.

Setakat ini sudah 3 tahun berlalu, saya serik menggunakan perkhidmatan webserver di malaysia, kerana kerap terkena serangan virus dan lain-lain petanda negatif dan ini tidak baik untuk jangka masa panjang organisasi. Setiap dari kita sudah pasti mempunyai idola masing-masing dalam meningkatkan tahap kualiti webserver supaya kejadian yang tidak diingini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang. Contoh idola saya adalah Google webserver dan Facebook. Adakah anda sedar, server mereka tidak pernah mengalami masalah gagal untuk diakses? Apatah lagi loading yang slow atau masalah remeh-temeh yang lainnya. Masalah ini tidak sepatutnya berlaku pada sesebuah organisasi webhosting yang profesional.

Kesimpulannya, daripada pemerhatian keseluruhannya. Di Malaysia ini, tidak ramai yang benar-benar pakar dalam bidang webserver dan jika adapun boleh dibilang dan tidak ramai. Oleh sebab itulah kos perkhidmatan webserver mahal dan tidak ada kualiti, mereka kurang kepakaran dalam bidang ini. Pengalaman saya sendiri menjadi siswa di institusi pengajian tinggi, kalau belajar tu hanya untuk lulus peperiksaan sahaja. Namun apabila masuk dalam dunia industri yaitu praktikal, hancur lebur. Tidak ada skills dalam bidang yang diambil. Tetapi wang ringgit sudah habis 21 ribu untuk 6 semester, namun masa dan wang habis begitu sahaja. Padahal jika ambil kursus diluar, bayaran RM300 untuk sehari, ilmu yang diperolehi bersamaan dengan 6 semester tadi. Lebih berharga dan tidak membuang masa berbanding habis RM21 ribu selama 3 tahun, belajar tak tahu apa, skills habuk tiada.

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply